Ibubapa Prihatin
Facebook Group
FB Group Ibubapa Prihatin mula ditubuhkan pada 2021. Pandemik Covid19 menyebabkan Bengkel Terapi Pertuturan Untuk Ibubapa tidak boleh dilaksanakan. Group Ibubapa Prihatin ialah usaha yang dibuat oleh Pn Ruby untuk membolehkan ibu bapa terus mendapat maklumat tentang cara melatih anak di rumah. Yuran yang diterima daripada Group Ibubapa Prihatin juga adalah bagi tujuan menampung kos operasi di 3 buah pusat EIP.
Fahami Keupayaan Anak
Ketahui Teknik Melatih Anak di Rumah
Idea Aktiviti dengan Kaedah Speech Therapy
Soal Jawab pada Bila-Bila Masa
Tonton Video Penerangan Teknik
Mengapa pilih FB Private Group?
Cara yang amat mudah dah santai untuk mendapatkan maklumat tentang pertuturan anak anda. Jom! Sertai
- Selepas anak tidur
- Ketika menunggu pesanan makanan
- Sambil menunggu no. giliran di hospital/bank/pejabat kerajaan
- Pada awal pagi selepas subuh
Pn Ruby juga mudah memberikan link topik berkaitan kepada setiap ibubapa yang bertanyakan soalan.
Mudah untuk Pn Ruby update apa-apa info, video dan bahan mengajar di dalam FB Group.
Objektif FB Group Ibubapa Prihatin
FB Group ini bertujuan memberikan ilmu dan tips kepada ibu bapa tentang terapi pertuturan (speech therapy) dan teknik latihan yang boleh dilakukan di rumah untuk membantu perkembangan pertuturan anak-anak.
Memudahkan ibubapa bertanya soalan kepada Pn Ruby tentang pertuturan bahasa anak.
Sebagai peringatan kepada ibubapa tentang aktiviti/latihan terapi untuk anak di rumah, kerana melatih anak memerlukan usaha yang konsisten. Tanpa peringatan, ibubapa akan terlupa dan meninggalkan rutin latihan anak di rumah.
Supaya ibubapa sedar bahawa mereka tidak bersendirian dalam perjalanan ini. Terdapat ramai ibubapa lain yang juga mempunyai anak speech delay dan boleh saling berkongsi pengalaman.
Testimoni
Jumlah Ahli: 4,546 orang
(sehingga 14 Februari 2025)
Sehingga Februari 2025, FB Group Ibubapa Prihatin telah disertai oleh lebih 4,500 orang ahli yang sentiasa mendapat informasi, nasihat serta bimbingan daripada Puan Ruby Atika.
Ahli-ahli FB Group yang telah memberikan maklum balas positif selepas menyertai FB Group ini.
- Today my son said "mummy my stomach hurt... Go see doctor" 😍😍dia main main sebab I said nak go doctor since he coughing.. But he said it... Memang ambil masa but it's all worth it... Follow d tips mesti lama2 jadi.. Children absorb n one day they suddenly will tell
- Alhamdulillah. Saya selalu ikut teknik puan ruby ajar. Banyak words & dh boleh combine walaupun cakap hujung2. Anak saya baru 2:04. Terima kasih puan ruby.
- Puan Ruby, anak saya dah 5 tahun 4 bulan. Alhamdulillah, dia dah bnyk boleh bercakap sejak setahun saya join group puan Ruby. Drpd sepatah2 dan sekarang dah boleh bina ayat 5 patah dan jawab soalan mudah 😊.
Profil
Puan Ruby Izyan Atika binti Abu Bakar
Speech Language Therapist
Ruby Speech Therapy
- Pn Ruby Izyan Atika binti Abu Bakar,
ibu kepada 5 orang cahaya mata. - Ijazah Sarjana Muda Sains Pertuturan UKM 2008
- Pernah berkhidmat di:
- Persatuan Sindrom Down Malaysia, Kuala Lumpur
- Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani Kedah selama 4 tahun
- Mula bekerja sendiri sebagai Ruby Speech Therapy pada 2014
- NASOM Butterworth
- Mengadakan bengkel terapi pertuturan untuk ibu bapa di seluruh Negara
- Menubuhkan 3 pusat Early Intervention Program (EIP) di Sungai Petani, Kulim dan Seberang Jaya.
- Menubuhkan FB Group Ibubapa Prihatin pada 2021