Program Intervensi Awal
Program Intervensi Awal
4 Februari 2025

Tips untuk Ibu Bapa

Melatih anak sejak bayi

Tahukah anda, bayi telah mula mendengar sejak dari dalam kandungan berusia 18 bulan lagi. Sebab itulah ibubapa digalakkan bercakap-cakap kepada kandungan, baca quran bagi yang muslim atau pasangkan music klasikal supaya deria pendengaran bayi dirangsang sejak awal.

Sebaik saja bayi dilahirkan, ibubapa sudah boleh bercakap-cakap dengan bayi. Walaupun ini adalah tempoh pemulihan untuk ibu yang baru saja melahirkan, tidak rugi untuk ibu ringan mulut bercakap-cakap sambil menyalin lampin atau memandikan bayi.

Ada ibubapa jenis pendiam yang memang tidak biasa bercakap-cakap sendirian. Maka dia berasa kekok untuk bercakap dengan bayi yang tidak tahu apa-apa itu. Tetapi melalui latihan yang konsisten, ibubapa pasti boleh menjadi lebih santai.

“Sayang mama dah bangun. Selamat pagi, sayang mama.”

“Anak mama yang soleh, suka minum susu.”

“Anak mama yang rajin, suka senyum-senyum.”

“Anak mama yang cerdik, matanya cantik.”

 

Berikan kata-kata positif kepada anak. Ingatlah bahawa kata-kata ibubapa ialah doa untuk anaknya. Jadi jangan malu-malu untuk sebutkan “rajin, soleh, baik hati, pandai, bijak, kuat, sihat” dan sebagainya.

Cabaran pada zaman ini ialah penggunaan handphone di kalangan ibubapa secara berlebihan. Tanpa sedar, sudah hampir 2 jam berada di depan skrin dan membiarkan bayi meniarap atau berbaring sendirian. Ini ialah suatu kerugian dan menyebabkan anak menjadi kurang rangsangan. Sedar-sedar saja anak sudah lebih setahun dan masih tidak bercakap. Sedangkan 12 bulan awal sudah terbazir di depan skrin.

Bercakaplah dengan intonasi naik-turun, sebab bayi mudah tertarik pada suara keibu-ibuan. Tetapi jangan bercakap bahasa bayi yang kononnya comel tetapi tidak bermaksud yang jelas. Sebutlah dengan sebutan yang betul.

Pada usia 3 bulan, bayi memberi eye contact dan senyum-senyum apabila ibubapa bercakap-cakap kepadanya. Ini ialah saat indah bagi setiap yang bergelar ibu dan bapa. Hargai masa ini, sebab sekejap saja tiba-tiba bayi ini sudah masuk sekolah darjah 1.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Profil Penulis


Puan Ruby Izyan Atika binti Abu Bakar
Speech Language Therapist
Ruby Speech Therapy

 
 
  • Pn Ruby Izyan Atika binti Abu Bakar,
    ibu kepada 5 orang cahaya mata.
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Pertuturan UKM 2008
  • Pernah berkhidmat di:
  • Persatuan Sindrom Down Malaysia, Kuala Lumpur
  • Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani Kedah selama 4 tahun
  • Mula bekerja sendiri sebagai Ruby Speech Therapy pada 2014
  • NASOM Butterworth
  • Mengadakan bengkel terapi pertuturan untuk ibu bapa di seluruh Negara
  • Menubuhkan 3 pusat Early Intervention Program (EIP) di Sungai Petani, Kulim dan Seberang Jaya.
  • Menubuhkan FB Group Ibubapa Prihatin pada 2021
Hi, selamat datang