Program Intervensi Awal atau Early Intervention Program (EIP) bertujuan meningkatkan tahap keupayaan kanak-kanak berdasarkan tahap keupayaan individu.
Sebaik sahaja ibubapa mendapati anak mengalami lewat/masalah perkembangan, segeralah mencari Pusat EIP supaya anak mendapat latihan daripada guru-guru terlatih dan berpengalaman. Pusat EIP mempunyai kuota yang kecil iaitu 1 guru nisbah 4 murid sahaja. Ini membolehkan guru memberi lebih tumpuan kepada setiap murid.
Apakah latihan yang dilaksanakan di Pusat EIP?
- Latihan pengurusan diri
- Latihan ke tandas
- Latihan pakai/tanggal baju seluar
- Latihan makan
- Latihan urus barang sendiri
- Latihan persediaan ke sekolah
- Latihan asas baca, tulis, kira
- Latihan tingkahlaku, duduk di meja kerusi, beratur
- Latihan mengikut rutin berjadual
- Latihan interaksi sosial
- Latihan mengikut arahan guru
- Latihan bermain dalam kumpulan
- Latihan komunikasi bersama guru dan rakan
- Latihan fizikal
- Latihan kemahiran motor kasar
- Latihan kemahiran motor halus
- Latihan aktiviti sensori
- Latihan perkembangan kognitif
- Latihan tumpuan dan ingatan
- Latihan persepsi visual dan auditory
- Latihan logik dan menyelesai masalah
Setiap kanak-kanak ada potensi masing-masing. Walaupun telah mendapat diagnosis Autisme, Down Syndrome, Hiperaktif atau Global Developmental Delay, kanak-kanak ini tetap mempunyai potensi untuk berkembang selagi mereka masih berada dalam tempoh kritikal perkembangan.
Tahukah anda?
Tempoh kritikal perkembangan kanak-kanak ialah dari lahir sehingga 6 tahun. Pada tempoh ini, kanak-kanak menyerap apa yang didengar, dilihat dan dialami daripada pengalaman hariannya. Semakin muda latihan intervensi dibuat, semakin tinggi potensi anak untuk berkembang. Manakala, semakin lewat latihan dimulakan, potensi perkembangan juga semakin menurun.
Apakah ojektif utama menghantar anak ke Pusat EIP?
Supaya anak bersedia ke alam persekolahan, boleh urus diri ke tandas sendiri, boleh duduk tunggu arahan guru di dalam kelas, ada kemahiran asas baca, tulis, kira dan berkembang seiring dengan rakan sebaya yang lain.
Jika anak perlu masuk ke aliran khas, anak masuk ke sekolah dalam keadaan terkawal iaitu dia boleh mengawal tingkahlakunya dan duduk di dalam kelas mengikut arahan yang diberikan guru kelas. Ini penting supaya anak menjalani persekolahan dengan lancar dan gembira belajar di sekolah setiap hari.
Tahukah anda?
Pusat EIP bukan tadika. Pusat EIP ialah pusat intervensi sahaja. Sebaik sahaja murid-murid menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan, memenuhi kriteria untuk keluar, maka ibubapa akan dinasihatkan segera keluarkan anak dan masuk tadika biasa. Sebab itulah Ruby EIP Centre tidak mempunyai yuran tahunan.
Ruby EIP Centre terdapat di:
1) Ambangan Height Sungai Petani, Kedah.
2) HiTech KTC4, Kulim, Kedah.
3) Taman Sutera, Seberang Jaya, Pulau Pinang